Dua kakak-beradik dari kota, Aris dan Ara, dihantar ke kampung oleh ibu dan ayah mereka yang hendak pergi ke luar negeri, untuk tinggal bersama Aki dan Wan. Aki sebagai tukang cerita menghibur cucu-cucunya dengan mengisahkan cerita-cerita dongeng tentang Sang Kancil dan teman-teman desanya.
Tokoh-Tokoh..
- Aki (Hj. Alias): Datuk kepada Aris dan Ara yang bijaksana dan penyayang, dan tukang cerita dalam siri ini.
- Ara (Alyssa): Si adik yang segan-silu, comel dan ceria. Gemar mendengar cerita Aki.
- Aris (Esfahan): Abang kepada Ara yang lebih gemar duduk dalam rumah dan bermain permainan elektronik, tetapi bertanggungjawab dalam menjaga adiknya
- Wan (Nor Hayati Sudin): Isteri kepada Aki dan nenek kepada Ara dan Aris. Walaupun wajahnya agak jarang muncul, tetapi suaranya sering kedengaran di akhir episod dengan babak pemandangan luar rumah Aki pada waktu malam.
- Sang Kancil (NurHannah/Nuraini Nazihah): Watak utama kebanyakan cerita Aki. Cerdik, licik, dan tangkas, ia sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari pemangsa
- Sang Harimau (Amin Rusli): 'Raja Rimba' yang bengis, berhati durjana dan digeruni ramai. Mana-mana mangsa sahaja yang menjadi makanan kegemarannya.
- Sang Kerbau (Hasan Albasri): Haiwan yang mengidam-idamkan gelaran Raja Rimba, tetapi kurang tajam pemikirannya.
- Ketua Buaya (Muiz Rahimi): Seekor lagi haiwan pemangsa yang digeruni ramai penghuni hutan, dan suka dipuji-puji berlebihan. Mengetuai sekawan buaya yang tinggal di sungai.
- Sang Gajah (Fitri Anas): Walaupun berbadan besar, tetapi sungguh penakut. Peramah dan tidak suka akan pergaduhan.
- Sang Tupai (Loke Keng Sun): Pakar seni bela diri yang sentiasa muncul dari entah mana untuk memuji atau menegur haiwan-haiwan lain.
- Sang Arnab (Gems): Kawan baik Sang Kancil yang comel tetapi cepat terangsang.
- Gergasi: Makhluk berupa manusia raksasa yang gemar mengganas dan memburu haiwan di hutan, cukup besar dan kuat hingga Sang Harimau pun tidak terdaya melawannya.
- Sang Ular: Penghuni rimba yang kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, iaitu jahat apabila lapar.
- Sang Monyet (Haris): Penghuni rima yang suka menanam makanan